Wednesday, May 28, 2014

ZAIRIL - UNIVERSITI TAK PENTING PUN DEKAT TELUK INTAN


Teluk Intan, 28 Mei - Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari menempelak Barisan Nasional di Teluk Intan kerana hanya mampu menjanjikan Universiti kepada pengundi disitu tetapi masih banyak lagi perkara penting didakwanya tidak terlaksana. 

Beliau mendakwa, penambahan universiti di Parlimen Teluk Intan tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemuda-pemudi disini kerana kononnya banyak graduan kini gagal mendapatkan kerja. Ahli Parlimen Bukit Bendera itu menggesa kerajaan untuk memberi tumpuan kepada usaha menyesuaikan sukatan pelajaran di universiti dengan keperluan industri supaya rakyat dapat bekerja disektor perkilangan. 

"Selain itu, kita perlu memberi tumpuan terhadap industri baru yang menawarkan ganjaran lumayan dan berasaskan pengetahuan dan tidak terus menggunakan sukatan pelajaran yang melatih bakal pekerja kita dengan kemahiran yang lapuk pada saat mereka tamat pengajian," tambah Zairil. 

Beliau menyifatkan bahawa rakyat setempat tidak memerlukan universiti untuk pembelajaran sebaliknya lebih memerlukan kilang-kilang untuk menampun pendapatan harian mereka. Menurut beliau lagi, selain masalah pengangguran, belia di kawasan itu juga berdepan dengan masalah memiliki pekerjaan yang tidak sepadan dengan kelayakan. 

"Masalah ini menjadi lebih berat jika diambil kira 70 peratus tenaga kerja kita terdiri daripada buruh kasar atau berkemahiran rendah, nisbah yang juga lebih tinggi daripada negara-negara jiran kita," ujar Zairil. Zairil juga menyifatkan bahawa Barisan Nasional sepatutnya membina lebih banyak kilang-kilang untuk rakyat dan bukannya universiti kerana hanya kilang akan mampu mengelakkan masalah pengangguran dikalangan rakyat setempat. SUMBER

No comments:

Post a Comment