Wednesday, May 28, 2014

#PRKTelukIntan MANIFESTO DAP HANYA PENTINGKAN MATLAMAT PARTI


Teluk Intan, 28 Mei - Semalam, calon muda DAP, Dyana Sofya Mohd Daud melancarkan manifesto yang kononnya untuk memperkasakan lagi rakyat Teluk Intan. Dyana yang baru sahaja menceburi bidang politik ini menumpukan empat perkara utama didalam mannifestonya iaitu kos sara hidup, tadbir urus bersih, pembangunan anak muda dan juga pemerkasaan wanita.

Antaranya didalam manifesto tersebut beliau berjanji akan melawan dasar kerajaan serta memastikan belanjawan negara diuruskan dengan baik. “Masalah barang naik, pelaksanaan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan mempunyai kesan besar kepada rakyat tempatan serta menambah penderitaan rakyat.

“Sekiranya dipilih, saya akan melawan dasar kerajaan yang tidak adil ini dan memastikan belanjawan negara diurus secara berhemah,” katanya dalam sidang media di Pusat Operasi DAP PRK Teluk Intan. Namun begitu, janji yang dibawa oleh beliau ini membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya DAP tidak melakukan apa-apa tindakan dalam memastikan dasar serta belanjawan negara diuruskan dengan baik.

Mengulas mengenai pembangunan anak muda pula, Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, beliau akan melawan pemusatan pembangunan yang hanya tertumpu di Kuala Lumpur supaya Teluk Intan dapat dimajukan.

“Di Teluk Intan, saya perhatikan kebanyakan anak muda terpaksa mencari rezeki di negeri lain akibat dasar pemusatan hanya di Lembah Klang oleh kerajaan. “Saya akan mempergiat aktiviti, menuntut pembinaan infrastruktur sukan dan mewujudkan peluang kerja untuk anak muda,” ujarnya. 

Dengan melihat kepada janji Dyana ini pula, ianya jelas membuktikan bahawa DAP tidak melaksanakan janji yang dibuat pada pilihan raya umum yang lalu dan hanya pandai berjanji kerana Ahli Parlimen Teluk Intan terdahulu juga merupakan wakil DAP dan apa yang dikatakan oleh Dyana itu menunjukkan bahawa Wakil DAP yang lepas tidak berusaha mewujudkan peluang pekerjaan untuk anak muda di Teluk Intan ini.

Oleh itu, manifesto yang dibawa oleh DAP menunjukkan DAP sebenarnya tidak mementingkan masyarakat ti Parlimen Teluk Intan ini sebaliknya hanya mahu mengekalkan kerusi Parlimen yang ada supaya boleh menentang dan menjatuhkan kerajaan semata-mata. -UtaraNews.com

No comments:

Post a Comment