Showing posts with label nafsu. Show all posts
Showing posts with label nafsu. Show all posts

Thursday, December 19, 2013

Remaja BERCUMBUAN!!!

Baru-baru ini tersebar satu gambar yang menggelikan didalam laman sosial facebook dan juga instagram. Gambar tersebut menunjukkan sepasang LELAKI BERCUMBUAN didalam sebuah kereta.


Geli bukan? Lebih memalukan ialah remaja ini adalah seorang yang beragama Islam. Bagi gagak perkara seperti ini amat menyedihkan Umat Islam semua. Gagak berharap remaja ini insaf akan kesilapannya dan segeralah bertaubat kepada Allah SWT kerana Islam melarang SEKERAS-KERASNYA perbuatan TERKUTUK ini.

Kepada ibubapa diluar sana, pantaulah anak-anak anda supaya tidak terlibat dengan gejala hubungan sejenis yang boleh merosakkan akhidah dan masa depan anak itu sendiri.

Friday, August 23, 2013

PELAJAR HAMPIR DILIWAT?????


JOHOR BAHRU 22 Ogos - Polis sedang memburu seorang pensyarah sebuah institusi pengajian di Tangkak, Ledang yang didakwa cuba mencabul kehormatan salah seorang pelajarnya atas alasan sebagai terapi rawatan untuk menghilangkan ketagihan merokok baru-baru ini.

Pensyarah berusia 45 tahun terbabit dikatakan mengarah pelajar berkenaan ke 'bilik rawatan' pada tengah malam Sabtu lalu selepas mangsa pernah ditangkapnya atas kesalahan merokok awal bulan ini.

Menurut sumber, pelajar berusia 18 tahun itu kemudian diarah menghisap rokok tanpa henti selama kira-kira 40 minit menyebabkan dia muntah dan khayal sebelum pensyarah itu mengangkat dan membaringkan mangsa di atas permaidani.

Pensyarah yang dipercayai berasal dari Melaka itu kemudiannya cuba meliwat mangsa namun tidak berjaya.

Lebih mengejutkan, suspek dipercayai turut melakukan perbuatan serupa terhadap beberapa pelajar lelaki lain yang juga rakan mangsa sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut dan siasatan sedang dijalankan termasuk mencari bukti dan saksi atau mangsa yang lain.

p/s: ini semua nafsu mcm abg nuar jugak la...

SUMBER