Friday, May 30, 2014

DAP MARAH BN BANTU RAKYAT


Teluk Intan, 30 Mei - Akibat pemberian hamper makanan kepada penduduk setempat oleh Barisan Nasional di Teluk Intan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pasir Bedamar, Terence Naidu mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPR) supaya mengambil tindakan kepada calon BN iaitu Datuk Mah Siew Keong. 

Beliau mendakwa BN cuba memberi sogokan dan rasuah berbentuk barangan makanan kepada penduduk di kawasan penempatan Jalan Laksamana, pada Rabu lepas sedangkan BN ketika itu hanya menghulurkan bantuan kepada rakyat miskin yang memerlukan. Menurut ADUN DAP itu lagi, insiden tersebut dirakam olehnya setelah menerima maklumat daripada penduduk tempatan yang melihat sumbangan tersebut berunsur sogokan. 

“Saya bersama ADUN Bukit Gasing, R. Rajiv melihat insiden itu, di mana sekumpulan penyokong calon BN sedang memberi hamper kepada penduduk miskin". Wakil DAP berkenaan menyifatkan perbuatan BN memberikan bantuan makanan kepada keluarga miskin di situ adalah menyalahi undang-undang berkempen. 

“Seksyen 10(c) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 jelas menyatakan, jika seseorang itu secara langsung atau tidak langsung memberi balasan bernilai kepada orang tertentu yang merupakan pemilih bagi mendorong mereka supaya mengundi calon dalam pilihan raya". 

Sebelum ini, Pakatan Rakyat juga melakukan perbuatan yang sama di setiap pilihanraya dan ia tidak menjadi masalah kepada penyokong BN kerana perbuatan ini adalah satu perbuatan yang murni kerana membantu golongan yang memerlukan. Namun, wakil DAP itu dilihat sengaja mempolitikkan perbuatan tersebut demi mencapai kemenangan di PRK kali ini tanpa menghiraukan keperitan yang ditanggung oleh rakyat. SUMBER

No comments:

Post a Comment