Dyana Sofya satu nama yang kini sedang meniti di bibir rakyat Malaysia berikutan tindakannya menyertai DAP selain daripada pencalonannya sebagai calon Ahli Parlimen dalam PRK Teluk Intan.Kehadiran anak muda ini dalam dunia politik tanahair di lihat banyak pihak sebagai satu tindakan pelengkap kepada keperluan diri dan tidak lebih daripada itu.
Sebagai orang muda sudah semestinyalah keperluan untuk memiliki kerjaya seperti mana orang-orang lain menjadi satu keperluan apatah lagi persaingan untuk mendapat pekerjaan di Malaysia pada hari ini tidak semudah satu ketika dulu.
Walaupun ada pihak yang menyatakan kemunculan Dyana dalam dunia politik negara kerana minat dan kefahaman beliau tentang ideologi serta perjuangan parti DAP , hakikatnya Dyana hanyalah seorang Pegawai Khas kepada Lim Kit Siang yang kini sedang di pacu untuk di jadikan ikon Melayu setelah Tunku Aziz bertindak meninggalkan parti tersebut.
Tidak di nafikan setiap daripada kita punya hak masing-masing untuk memilih rentak politik tetapi dalam isu Dyana beliau cuma sedikit beruntung apabila kemelut politik yang melanda parti DAP menyebabkan anak muda berbangsa Melayu ini di angkat sebegitu rupa.
Malah dalam beberapa insiden yang di laporkan oleh kebanyakkan media sejak medan PRK Teluk Intan di buka membuktikan betapa Dyana Sofya sebenarnya tidak benar-benar memahami inti-pati perjuangan DAP yang pernah melukakan jutaan jiwa umat Melayu dan Islam di tanahair satu ketika dulu.
Tindakan beliau di lihat sering kali di bayangi oleh pemimpin DAP dan kebanyakkan soalan-soalan yang di ajukan oleh wartawan dalam sidang medianya sendiri gagal di jawab malah di garap dengan baik.Ini membuktikan betapa ceteknya ilmu politik Dyana kerana minda dan jiwanya sudah di rompak oleh mereka-mereka yang kini sedang mempergunakan seorang lagi generasi pewaris Melayu dalam negara untuk kepentingan politik.
Di sebabkan itulah Dyana sering kali melakukan kesilapan demi kesilapan yang telah menyebabkan kredibiliti serta integritinya sebagai calon pemimpin rakyat di Teluk Intan terjejas teruk.
Kerana terlalu bergantung kepada dasar dan perjuangan DAP yang mahukan Malaysian Malaysia atau kesamarataan maka Dyana bukan sahaja sudah tersalah lorong tetapi sudah mengganggu tidur mereka-mereka yang selama ini berdiam diri.
Tindakan Dyana yang mahu melakukan perubahan dalam Rejimen Askar Melayu Di Raja (RAMD) dengan mempertikaikan kenapa hanya mereka yang berbangsa Melayu sahaja yang berkhidmat dalam rejimen tersebut benar-benar membuktikan betapa dangkalnya pegawai khas Kit Siang ini.
Sama ada Kit Siang atau Dyana sendiri yang tidak peka dengan isu tersebut bukanlah persoalannya tetapi banyak pihak kini sudah mengaku bahawa Dyana Sofya bukan sahaja sudah hilang semangat Kemelayuannya tetapi sudah menjadi jasad tanpa roh bangsanya.
Sebagai anak Melayu dan mengaku terpelajar , Dyana sepetutnya membuat sedikit kaji selidik sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang jelas memperlihatkan kebodohannya. Baca selanjutnya DISINI
No comments:
Post a Comment