Friday, April 18, 2014

Kemalangan Maut Karpal Singh, Pemandu Lori Positif Dadah


KUALA LUMPUR 17 April - Pihak polis mengenalpasti terdapat kesan ganja pada sampel air kencing pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan kenderaan Toyota Alphard milik mendiang Karpal Singh. Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, hasil siasatan terhadap pemnandu berusia 45 tahun itu menerusi sampel urin dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. 

"Kami menghantar sampel urin ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk pengesahan," katanya dalam laporan The Malaysian Insider hari ini. Pengerusi DAP itu disahkan maut dalam satu kemalangan apabila kereta yang mereka naiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berdekatan Tapah awal pagi tadi. 

Kejadian yang berlaku sekitar jam 1 pagi itu turut menyebabkan pembantunya, Michael Cornandez meninggal dunia manakala anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera parah. 

Selain pemandu lori, penumpang di dalam lori termasuk Nur Azlina Ahmad, 23, dan seorang kanak-kanak berusia empat tahun, Nurieman Diana Qhaleesha Abdullah. Karpal dan Michael dipercayai meninggal dunia ditempat kejadian, dan pembantu rumah itu mengalami beberapa kecederaan.

No comments:

Post a Comment