Friday, April 18, 2014

Kawasan Kemalangan Karpal Singh Kerap Berlaku


Kawasan Gua Tempurung yang menjadi lokasi kemalangan yang meragut nyawa Bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh awal pagi tadi merupakan antara kawasan panas yang sering berlakunya kemalangan maut. Bukan itu sahaja, kawasan tersebut juga pernah mengalami tanah runtuh pada Oktober 2004. 

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir juga pernah mencadangkan kepada pengurusan Lebuhraya Utara Selatan supaya kawasan tersebut ditambah baik dari segi pencahayaan bagi mengurangkan kadar kemalangan di kawasan itu. Berikut merupakan antara beberapa tragedi kemalangan ngeri yang pernah berlaku di kawasan tersebut. 

 10 Ogos 1998: Empat pekerja penyelenggara lebuh raya terbunuh dan tiga lagi rakan mereka cedera termasuk dua parah, setelah dirempuh oleh sebuah kereta di kilometer 300. 

27 April 2007: Tiga beranak maut apabila kereta yang mereka dinaiki terlibat dalam kemalangan semasa hujan lebat di kilometer 309. 

07 Oktober 2009: Seorang pemandu bas ekspres maut manakala lapan penumpang cedera termasuk seorang parah apabila bas berkenaan merempuh belakang sebuah treler di kilometer 305. 

22 Julai 2010: Tiga terbunuh manakala lima yang lain cedera apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas ke dalam gaung di kilometer 301. 

25 Disember 2013: Dua pemandu lori maut dalam kemalangan di kilometer 300.4 Lebuhraya Utara Selatan. 

17 Mac 2014: Seorang maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah Bas Ekspres Konsortium yang jatuh terjunam ke dalam gaung sedalam 12 meter di kilometer 301.5 Lebuhraya Utara Selatan. 

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa memandu mengikut halaju yang telah ditetapkan selain sentiasa berhati-hati di kawasan. Sumber

No comments:

Post a Comment