Friday, March 7, 2014

Awek Cantik yang GHAIRAH

Penyelidik daripada Universiti Yale, Loius Sinatra melaporkan hasil penelitiannya mendapati pernikahan antara lelaki Amerika Syarikat dan wanita Asia meningkat sebanyak 22 peratus pada 2012 berbanding tahun sebelumnya.

Berambut hitam pekat panjang, tubuh yang genit dan mungil, cara berjalan anggun membuatkan ramai jejaka termasuklah daripada luar negara tertarik dengan ciri ini. Mungkin kita berbeza daripada kebanyakan wanita barat yang kaku atau cenderung maskulin meletakkan gadis Asia sebagai calon utama.

Perwatakan mesra, penampilan menarik, ‘simple’ membuatkan ramai yang terpesona. Mungkin faktor adab sopan dan tata susila yang disuntik sejak kecil menjadikan wanita Malaysia kelihatan sopan dan berbudi bahasa.

Diakui, peredaran zaman semakin moden mempengaruhi perwatakan remaja perempuan membuatkan tidak semua ciri yang ada di sini merujuk kepada gadis Malaysia secara keseluruhannya.



Sembunyi rasa

Mungkin ada persamaan antara gadis tempatan dan luar negara contohnya sifat berdikari dan feminin, tetapi kelebihan kita terletak pada sikap lemah lembut dan sopan tutur kata. Ini sekali gus membuatkan jejaka menganggap kehadiran mereka dihormati sebagai ketua.

Bentuk wajah yang bujur sirih dan kelihatan seolah-olah kurang memiliki ekspresi emosi hingga membuatkan sukar ‘dibaca’ adalah daya penarik utama. Walaupun dipenuhi dengan rasa marah, benci atau rasa negatif lain, kita akan cuba selindung menyimpan perasaan dan memendam sendiri tanpa mahu orang lain mengetahuinya. Berbanding wanita benua lain, mereka lebih cenderung meluahkan perasaan secara langsung dan terbuka.

Awet muda

Bukti jelas yang dapat kita lihat adalah gadis tempatan lebih awet muda berbanding wanita luar negara. Sebagai contoh, jika anda tidak mengenali penyanyi Miley Cyrus mungkin akan beranggapan usianya mencecah 25 atau lebih tua, tetapi hakikatnya penyanyi yang popular dengan siri televisyen ‘Hanna Montana’ ini baru berusia 22 tahun. 

Berbeza dengan selebriti tempatan yang kelihatan awet muda contohnya Fazura, 31, tetapi realitinya dia kelihatan seperti gadis remaja berusia 25 tahun. Struktur warna kulit, wajah awet muda mendorong kita lebih lambat berkedut ketika usia mula meningkat berbanding mereka yang menetap di barat.

Walaupun cuma keluar ke warung depan rumah, wanita Asia pentingkan penampilan dan selalu ingin tampil cantik .Pergi ke salun sudah menjadi ‘ritual’ kerana tanggapan sangat penting untuk tampil sederhana, tetapi ada aura untuk orang tarikan sekeliling.

Mudah dekat

Berdasarkan pengalaman beberapa orang rakan penulis dari Australia, mereka berpendapat gadis Asia lebih mudah didekati berbanding wanita barat. Cukup dengan menghulurkan senyuman atau menyapa ‘kamu cantik’, pelancong atau orang luar akan disapa mesra dan ia cukup untuk memulakan perbualan seterusnya.

Berbeza dengan masyarakat luar, jika situasi sama berlaku mereka akan cenderung memandang seolah-olah ia suatu ancaman kerana menganggap lelaki mempunyai niat tertentu sama ada mahu berkenalan atau ada agenda lain. Meskipun dilabel peramah dan mudah mesra, kita lebih pemalu berbanding wanita barat. Adab mendahului segala-galanya membuatkan kita akan berfikir dua kali sebelum melakukan sesuatu tidak kiranya berbicara atau apa saja.

Seandainya mempunyai rakan perempuan luar negara, cubalah berkunjung ke rumah mereka. Pastinya anda akan terkejut kerana rata-rata mereka tidak akan mengemas rumah bahkan bilik sendiri kerana mengharapkan pembantu menyelesaikannya. 

Berbeza dengan gadis tempatan, meskipun jadual harian penuh dan penat dengan tugasan, tetapi kita akan memaksa diri mengurus bilik dan rumah sendiri kecuali mereka yang datang dari latar belakang keluarga kaya. Sebagai contoh, melihat ibu mengurus rumah tangga daripada makan, pakai, kemas rumah dan sediakan keperluan setiap seorang anak cukup membuktikan gadis tempatan pandai mengurus kehidupan.

Aspek menarik lainnya adalah tidak seperti kebanyakan masyarakat barat, kita sangat menghargai hubungan. Memilih satu-satunya pasangan yang tepat dan akan setia kepadanya membuat jejaka sanggup melakukan terbaik untuk anda.

Kurang kes cerai

Kebanyakan negara Asia memandang perceraian sebagai hal memalukan dan berusaha keras mempertahankannya apatah lagi bagi yang beragama Islam. Berbeza dengan wanita di negara barat, mentaliti lebih liberal dan terbuka menjadikan isu ini remeh dan menganggap ia sebahagian laluan hidup.

Malah, ada segelintir sudah mengatur kemungkinan dengan bersetuju membahagikan harta jika hubungan terjalin tidak berjaya.

Tahukah anda Filipina satu daripada dua negara di dunia yang angka perceraiannya kosong. Mereka percaya pernikahan hubungan rasmi untuk seumur hidup. Setiap wanita menganggap hidup berpasangan sebagai komitmen terbesar perlu dihadapi bersama, namun berbeza dengan masyarakat luar, mereka lebih bersikap terbuka dan berpendapat ia hanya cubaan mendapatkan seseorang lebih baik pada waktu depan.

Walau urban mana sekalipun anda, ada elemen mencerminkan wanita Asia sejak dulu hingga sekarang contohnya berbudi bahasa, hormat orang tua dan dikawal oleh adat budaya supaya tidak jauh terpesong dan elakkan diri dilabel setaraf dengan orang barat. Syabas dan usaha mengekalkannya!

No comments:

Post a Comment