Friday, January 3, 2014

Paderi Derhaka!!!


Umno Bahagian Gombak membuat laporan polis berhubung kenyataan seorang paderi di Selangor yang bertegas mahu menggunakan kalimah Allah di semua gereja di negeri itu.

Ketua Umno bahagian itu Abdul Rahim Kamarudin berkata, kenyataan Paderi Lawrence Andrew tersebut bukan sahaja biadab tetapi juga berunsur penderhakaan kepada Sultan Selangor.

"Umno Gombak menyokong penuh pendirian Umno Selangor mengenai isu ini dan menggesa Paderi Lawrence menarik balik kenyataannya dalam tempoh empat hari," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Kelang, di sini semalam.

Paderi itu dalam kenyataannya yang disiarkan oleh sebuah portal berita pada 27 Disember lalu antara lain menyatakan pihaknya tetap akan menggunakan kalimah ALLAH di semua gereja di Selangor.

Sultan Selangor Sultan Shafaruddin Idris Shah sebelum ini menitahkan semua rakyat, khasnya di Selangor, tanpa mengira kaum dan latar belakang agar akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam seperti yang tertakluk mengikut peruntukan Seksyen 9, Bahagian 1, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Bagi Gagak tindakan sewajarnya patut diambil kepada Paderi tersebut kerana beliau sudah MELANGGAR Titah SULTAN. Apa yang Umno Bahagian Gombak lakukan ini adalah satu tindakan yang tepat demi menjaga AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR. 

Syabas dan Tahniah Gagak ucapkan kepada Umno Bahagian Gombak kerana berani bersuara, Gagak berharap tindakan Umno Bahagian Gombak ini akan menjadi semangat kepada Umno Bahagian-bahagian lain untuk tampil membuat laporan polis berhubung kenyataan seorang paderi itu.

Marilah bersama-sama kita menjaga kesucian agama kita.

No comments:

Post a Comment