Ini lah sikap puak-puak pembangkang yang tak pernah mengaku kesilapan sendiri, sendiri yang buat pun tuduh Umno dan BN yang salah. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa akaun Twitter milik beliau yang memaparkan foto lucah telah diceroboh oleh pengodam cybertroopers UMNO, malam tadi.
Memetik daripada laman Twitter beliau, Anwar menuduh cybertroopers UMNO menyebarkan foto lelaki homoseksual itu malah mengakui ianya telah beberapa kali berlaku sebelum ini.
"Staf saya maklum blog UMNO sibuk sebar foto lucah yang masuk dalam favourite saya. Sudah beberapa kali berlaku akibat "hack" cybertroopers," katanya dalam laman Twitter.
Anwar turut menafikan bahawa beliau telah "favourite" gambar tersebut setelah diasak dengan pelbagai pertanyaan oleh pengikut beliau yang terkejut dengan statusnya.
Sementara itu, pemilik Twitter Papagomo, telah mempersoalkan kejadian Anwar Ibrahim sehingga boleh diceroboh oleh pengodam UMNO.
"1998 dia (Anwar) kata liwat satu konspirasi pemimpin UMNO. (Tahun) 2013 ini beliau kata akaun Twitter kene hack oleh cybertroopers UMNO.
"Macamana pula boleh kene hack sampai Anwar Ibrahim favorite gambar gay beraksi lucah," katanya dalam tulisan di Twitter.
Memandangkan akaun Twitter Anwar Ibrahim diceroboh oleh pengodam, ramai pelayar Twitter mendesak agar beliau membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tindakan selanjutnya. Sumber
Kalau betul lah account Twitter Anwar kena hack, kenapa tidak pergi lapor kepada pihak berkuasa???
No comments:
Post a Comment