Saturday, December 21, 2013

Alvin dan Vivian!!


Mahkamah Tinggi menolak permohonan pasangan kontroversi Alvin dan Vivian dalam permohonan menangguh perbicaraan berhubung tiga tuduhan yang dihadapi mereka di Mahkamah Sesyen.

Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan itu selepas mendengar dan menilai hujahan pihak peguam dan pendakwaan semasa pendengaran kes itu.

Berdasarkan keputusan itu, perbicaraan kes mereka akan diteruskan pada tarikh yang ditetapkan sebelum ini di Mahkamah Sesyen iaitu pada 8, 9 dan 10 Januari depan.

No comments:

Post a Comment