Tuesday, August 13, 2013

Fenomena Hujan Meteor Perseid

Fenomena hujan meteor Perseid berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer. Menurut Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.



"Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi",katanya.

Beliau juga berkata "Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar,"

Tidak seperti peristiwa-peristiwa langit yang lain, hujan meteor adalah mudah untuk ditonton oleh semua orang, peralatan yang terbaik untuk digunakan adalah mata anda sendiri. Nasihat dari pemerhati meteor adalah untuk menyelesaikan dengan baik adalah dengan meletakkan sebuah kerusi malas untuk membolehkan anda melihat ke langit dengan selesa.

No comments:

Post a Comment