Thursday, April 17, 2014

Lagi Gambar dan Kisah Karpal Singh


IPOH, 17 APR: Pemimpin veteran DAP Karpal Singh meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara Selatan awal pagi tadi. Jurucakap polis memberitahu kenderaannya merempuh sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat di kilometer 301.6 arah Utara. Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah. Karpal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah. 

Pembantunya, Michael Cornelius turut terkorban manakala anaknya Ram Karpal dilaporkan cedera parah. Karpal, 74 tahun dikenali dengan gelaran Harimau Jelutong kerana ketegasannya dan sikap lantang memberi hujah serta pandangan di Parlimen, selain kehandalannya sebagai seorang peguam terkenal. 

Karpal baru sahaja meletakkan jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP akibat mematuhi peruntukan Akta Pertubuhan yang menghalang beliau memegang jawatan setelah disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mac lalu. Beliau meninggalkan seorang balu dan lima orang anak termasuk Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.  
Karpal dilahirkan di George Town, Pulau Pinang pada 28 Jun 1940 dan menerima pendidikan awal di St Xavier’s Institution sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS). Beliau menyertai profesyen peguam pada tahun 1969 sebelum menyertai DAP pada tahun berikutnya. Karpal memenangi kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978 dan kekal di kerusi tersebut sehingga tahun 1999. 


Beliau juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Ops Lalang pada Oktober 1987. Sebagai seorang peguam, Karpal telah muncul dalam banyak kes berprofil tinggi, termasuk menjadi peguambela utama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Karpal Singh Disahkan Mati


TAPAH 17 April - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. - utusan

Thursday, March 13, 2014

#MH370 Mayat di Temui di Selat Melaka

Mayat yang dilaporkan ditemui di perairan Selat Melaka pada awal hari ini disahkan bukan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang sehingga ini masih hilang selepas dikesan kali terakhir pada Sabtu lalu. 

Polis Indonesia mengesahkan mayat itu sebagai Abdi Sasmita, 54 tahun, warga Desa Bangun Sari di Deli Serdang, Sumatera Utara. Lelaki itu disahkan seorang pemancing yang hilang di perairan dekat Pantai Kuala Aceh, pada petang Ahad. "Berdasarkan laporan, dia terjatuh setelah kapal yang dia tumpangi bersama tiga orang lainnya dihentam ombak," kata pegawai polis Indonesia seperti dipetik oleh laman web berita Merdeka.com. 

Mayat itu dibawa ke Pelabuhan Ujung Bom, Tanjung Tiram, Batubara sebelum dipindahkan ke hospital. Sementara itu, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mengesahkan tiada mayat ditemui setakat ini. Menjawab soalan wartawan ketika sidang media itu, Hishammuddin menegaskan tidak ada sebarang mayat ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 setakat ini. "Tidak ada mayat yang boleh dikaitkan dengan penumpang MH370 ditemui setakat ini," katanya dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, di sini, hari ini. 

Hishammuddin juga mengesahkan sebuah objek berupa rakit yang ditemui sekumpulan nelayan di Port Dickson tiada kaitan dengan pesawat MH370. Katanya, sehingga kini tiada sebarang petunjuk yang ditemui boleh dikaitkan dengan pesawat Boeing 777-200 milik MAS. Malah, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga hari ini menegaskan pesawat yang berpatah balik yang dikesan radar tentera Malaysia awal pagi Sabtu tidak dapat disahkan sebagai MH370.

Friday, March 7, 2014

Puas dengan TELUR???

Shanghai – Seorang wanita terpaksa mendapatkan khidmat doktor untuk mengeluarkan telur rebus yang tersekat di kemaluannya selepas melakukan tabiat pelik bersama suaminya ketika mengadakan seks dengan suaminya.

Doktor di Shanghai berjaya mengeluarkan telur rebus itu baru-baru ini.

Suami wanita berkenaan berkata, dia memasukkan telur rebus yang telah dikopek kulitnya itu ke dalam kemaluan isterinya untuk mencuba sesuatu yang baru ketika mengadakan seks.

Namun, tidak lama selepas itu, isterinya mengadu mengalami sensasi yang luar biasa di bahagian berkenaan.

Pasangan dalam lingkungan usia 20-an itu berkata, mereka cuba mengeluarkannya menggunakan penyepit dan sudu, apabila usaha itu gagal, wanita itu cuba mengeluarkannya dengan melompat -lompat tetapi gagal juga.

Dr Guo Xinxin daripada jabatan sakit puan hospital berkenaan berkata, pasangan itu mengambil risiko yang tinggi.

“Apabila sudah berada dalam kemaluan, ia mengandungi campuran bakteria yang rumit dan telur rebus itu akan mereput. Pasangan harus berhati-hati tetapi jika mereka mempunyai masalah seperti itu, mereka harus cepat mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.