Tuesday, September 2, 2014

PEMIMPIN PAS SANGGUP HILANG NYAWA MEMPERTAHANKAN UNIT AMAL


Kuala Lumpur, 02 Sept - Seorang pemimpin PAS berkata beliau sanggup menggadaikan nyawanya sendiri jika Unit Amal PAS dizalimi oleh pihak berkuasa. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mempertahankan Unit Amal PAS dan menjelaskan Unit Amal tersebut hanya melakukan kerja-kerja kebajikan dan tidak melakukan keganasan.

Menurut beliau, Unit Amal PAS kononnya telah banyak mengharumkan bukan saja nama PAS, malah nama malaysia itu sendiri melalui misi-misi kebajikan dan kemanusiaan yang telah dijalankan oleh mereka. Menurut beliau lagi antara kebajikan yang telah Unit Amal PAS jalankan adalah seperti misi kemanusiaan ketika banjir besar melanda Johor pada 2006 dan di Pahang dua tahun lalu.

Selain itu jelasnya, di peringkat antarabangsa pula Unit Amal PAS telah mengharumkan nama negara apabila turut turun membantu mangsa gempa bumi di Pakistan dan Tsunami di Aceh.

"Saya sedia pertahan dengan nyawa saya selagi mana kita yakin mereka menjalankan tugas kebajikan dan bukan aktiviti keganasan," tegas Salahuddin.

Salahuddin berkata, matlamat asal penubuhan Unit Amal PAS adalah untuk melakukan kerja kebajikan dalam parti, dan khidmat sosial dalam masyarakat umum. Malah beliau antara yang awal terlibat dalam pemerkasaan Unit Amal PAS sejak ia ditubuhkan 30 tahun dahulu. Oleh demikian, dengan yakin beliau berkata Unit Amal PAS masih berada di landasan yang betul dan tidak melakukan kesalahan yang menyalahi undang-undang.

Sebelum ini, Unit Amal PAS dilihat banyak terlibat dengan demonstrasi menentang kerajaan. Unit Amal PAS juga pernah dilihat beberapa kali telah melakukan pelbagai keganasan seperti merempuh pasukan Polis dan juga terlibat dengan demonstrasi BERSIH yang telah mencemarkan nama negara Malaysia.

No comments:

Post a Comment