Tuesday, September 2, 2014

GUAN ENG CABAR KETUA POLIS NEGARA


Georgetown, 02 Sep - Didalam satu kenyataan kepada media, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan tegas menyatakan bahawa DAP dan juga beliau sendiri tidak takut dengan ugutan dari Ketua Polis Negara didalam isu pertubuhan haram PPS.

Menurut beliau, kerajaan DAP Pulau Pinang akan tetap mempertahankan PPS negeri itu dan tidak sama sekali akan tunduk kepada amaran Ketua Polis Negara yang mahu mengambil tindakan terhadap Pasukan Peronda Sukarelawan itu.

"Kerajaan Negeri tidak akan tunduk sama sekali dengan ugutan KPN itu," katanya.

Guan Eng turut memberitahu bahawa Kerajaan Negeri akan menyediakan khidmat serta pembiayaan guaman bagi membantu mempertahankan mana-mana anggota PPS yang ditahan polis. Menurut beliau khidmat tersebut disediakan kepada anggota PPS bukannya atas sebab salah laku jenayah, tetapi kerana menjaga kepentingan anggota Sukarelawan itu.

Guan Eng juga turut mencabar Ketua Polis menangkap dirinya dan juga berdebat dengannya secara terbuka. Menurut Ketua Menteri itu, beliau tidak takut untuk berhadapan dengan Ketua Polis Negara dan mencabar Khalid untuk berdebat secara terbuka berhubung dengan isu PPS ini.

"Saya cabar Ketua Polis Negara untuk berdebat mengrenai isu ini, " tegas Guan Eng.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP turut bertanya sama ada beliau akan turut ditangkap berikutan kenyataan Khalid sebelum ini yang memberi amaran akan menyerbu kediaman anggota PPS jika tidak ingin menyerahkan diri.

"Bilakah giliran saya akan ditangkap. Saya tunggu beliau!," katanya yang mencabar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

No comments:

Post a Comment